PeribahasaDurian seambung dengan timun.TakrifJika orang yang kuat dan khianat berhimpun dengan orang lemah dan baik, nescaya binasalah yang lemah dan baik itu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDurian dengan mentimun, menggolek rosak, kena golek binasa.TakrifOrang yang lemah itu tidak berdaya untuk melawan orang yang berkuasa, kerana baik, salah ataupun benar dia juga yang menanggung kerugian.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDapat durian runtuh.TakrifMendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMasak durian, masak manggis.TakrifPerbandingan antara lelaki yang tidak dapat menyembunyikan rahsia hatinya dengan perempuan yang dapat menyembunyikan rahsianya sehingga tiada diketahui orang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSebagai durian, pangsa menunjukkan bangsa.TakrifDaripada kelakuan (perkataan) dapat dikenal asal usulnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Daun mengenalkan pohonnya, b. Sebab buah dikenal pohonnya).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBeruang bagai durian, bernabu bagai cempedak.TakrifKeluarga atau sahabat handai yang sudah terpisah jauh. ruang = alur; nabu = isi yang menempel pada bijinya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMacam timun dengan durian: menggelek luka, kena gelek pun luka.TakrifPerlawanan yang tidak seimbang (orang kecil melawan orang yang berkuasa).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti mentimun dengan durian.TakrifOrang yang lemah melawan orang yang kuat; perlawanan yang tidak sebanding.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenempuh baik, ditempuh istimewa lagi; durian tidak apa-apa, mentimun juga yang binasa.TakrifPerlawanan yang tidak sebanding (seperti orang bodoh melawan orang pandai-pandai dan sebagainya).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDapat tebu rebah.TakrifMendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dapat durian runtuh, b. Dapat harta karun, c. Dapat harta timbul, d. Dapat kijang teruit).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |