PeribahasaDunia diadang, saku-saku dijahit.TakrifMahu bersukaria, tidak mahu merugi. (Peribahasa lain yang sama makna: Muda diajun, kikir diperbuat).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMemakai dunia berganti-ganti; yang hidup sesarkan mati, dengan mati itu bernanti-nanti.TakrifKeturunan yang tiada putus-putus. sesarkan = dalam peribahasa ini maksudnya gantikan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAdat dunia balas-membalas, syariat palu-memalu.TakrifYang baik dibalas dengan yang baik dan yang buruk dibalas dengan yang buruk; manusia yang hidup mestilah bertolong-tolongan antara satu sama lain.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaOrang kaya suka dimakan, orang elok (= muda) selendang dunia.TakrifOrang hartawan yang selalu terbuka tangannya membantu orang yang melarat, orang muda perhiasan dunia (untuk puji-pujian).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerpindah ke balik papan.TakrifMeninggal dunia.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSemut gatal nak gonggong gunung, bagaimana dunia takkan sunyi.TakrifSesuatu yang mustahil dilakukan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTakkan pasang selalu, di mana surut senantiasa.TakrifHidup di dunia adakalanya senang dan adakalanya susah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAdat pasang berturun naik.TakrifApa jua pun benda di dunia ini tak tetap keadaannya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKalau bunga bukan (= tidak) sekuntum.TakrifLelaki ataupun perempuan bukan seorang di atas dunia ini.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMuda diajun, kikir diperbuat.TakrifMahu bersukaria, tidak mahu merugi. (Peribahasa lain yang sama makna: Dunia diadang, saku-saku dijahit).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |