PeribahasaDinding teretas, tangga terpasang.TakrifKejadian yang sudah cukup buktinya. retas = toreh dengan senjata tajam.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJadi dinding lasak peti manian.TakrifOrang yang menjadi harapan raja atau orang besar-besar. lasak = masuk, muat, isi; peti manian = tempat simpanan pakaian dan barang-barang yang berharga.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLantai dan dinding bertelinga belaka.TakrifMempercakapkan sesuatu rahsia hendaklah beringat-ingat. (Bandingkan dengan: a. Bercakap memandang-mandang, silap lidah jiwa hilang, b. Berkata siang melihat-lihat, berkata malam mendengar-dengar).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKeris tersisip di dinding, pedang tajam dalam sarungnya.TakrifPerbuatan yang pandir.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai terung terantuk ke dinding.TakrifDatang berkunjung sebentar saja.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaEmpang sampai ke seberang, dinding sampai ke langit.TakrifPerselisihan yang tak dapat didamaikan lagi; aturan yang tak dapat diubah. empang = bendungan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDatar bak lantai papan, licin bak dinding cermin.TakrifKeputusan yang sangat adil.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPermaisuri raja berurap-urapan, lipas di dinding timpa perasaan.TakrifOrang miskin yang ingin menyamai perbuatan orang kaya-kaya. berurap-urapan = berlumas dengan bau-bauan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaUmpama bilah atau lidi yang terselat pada dinding, dapat juga diambil akan pencungkil gigi atau pencungkil telinga.TakrifSeseorang itu betapa pun bodoh atau bebalnya, pada suatu waktu ada juga gunanya. selat = sisip, selit.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBelayar sambil memapan, merapat sambil belayar.TakrifSekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Berkayuh sambil bertimba, b. Berkayuh sambil ke hilir, c. Ke sungai sambil mandi, d. Merapat sambil berlayar, berlayar sambil memapan, e. Sambil berdendang, biduk hilir, f. Sambil berdiang, nasi masak, g. Sambil menyelam minum air, h. Sekali membuka pura, dua tiga hutang terbayar, i. Sekali merengkuh dayung, dua tiga pulau terlampau). memapan = memasang papan untuk dinding, lantai dan sebagainya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rujukan |
Peribahasa Inggeris |
Makna |
Peribahasa Melayu |
Contoh Bahasa Inggeris |
Contoh Bahasa Melayu |
Sumber |
626 | Walls have ears | Berwaspada apabila bercakap tentang sesuatu perkara terutamanya yang rahsia kerana ada yang akan mendengarnya tanpa disedari. | Lantai dan dinding bertelinga belaka | She was flabbergasted when her secret affair with a Datuk suddently became a talk of the town. She had never mentioned it to anyone except her aunt. She didn't know that in the small town, not only do the walls have ears, but the windows have eyes and the doors have tongues too! | Tercengang dia apablia perhubungan rahsianya dengan seorang Datuk tiba-tiba menjadi perbualan hangat. Tidak pernah sekalipun dia menceritakannya kepada orang lain, kecuali ibu saudaranya. Dia langsung tidak mengetahui bahawa di pekan kecil itu, bukan saha | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata dinding |
|
Puisi |
---|
|
Rumah besar dinding pelupuh, Hulu jarang hilir jarang; Mana hati tidakkan rusuh, Di hulu sayang di hilir sayang.
Lihat selanjutnya... |
|