PeribahasaDekat tak tercapai, jauh tak berantara.TakrifSesuatu yang kita inginkan tetapi tiada berdaya untuk mengambilnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDekat dapat ditunjal, jauh dapat ditunjuk.TakrifPerkataan atau pengakuan yang dapat dibuktikan kebenarannya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPelanduk yang dekat ditinggalkan, rusa yang jauh yang dikejar.TakrifKerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Harapkan burung terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan, b. Harapkan guruh [= guntur] di langit, air tempayan ditumpahkan, c. Harapkan kuning kuah kambeh, cangkuk terubuk ditinggalkan, d. Harapkan si untung menggamit, kain di badan didedahkan, e. Kura-kura di kaki ditinggalkan, burung terbang dikejar, f. Kura-kura di kaki ditinggalkan, penyu di pantai dikejar).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaNan dekat panggilan tiba, nan jauh kulangsing lepas.TakrifAdat panggil memanggil; yang dekat dipanggil dengan mulut, yang jauh-jauh dikirimi surat. kulangsing = sirih pemanggil.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHutan jauh diulangi, hutan dekat dikendana.TakrifHarta-benda (kaum keluarga) baik jauh ataupun dekat, hendaklah selalu dijaga. kendana = dijaga, diamat-amati.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJauh bau bunga, dekat bau tahi (= kencing).TakrifSanak saudara, bila jauh selalu terkenang tetapi bila dekat selalu bertengkar. (Peribahasa lain yang sama makna: Berbaur bagaikan muntah, bercerai bagaikan demam).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaRantau jauh diulangi, rantau dekat dikendana.TakrifKetua yang selalu menjagai anak buahnya jauh dan dekat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDipandang dekat, dicapai tak boleh.TakrifSesuatu yang kita inginkan tetapi tiada berdaya untuk mengambilnya. (Peribahasa lain yang sama: Dekat tak tercapai, jauh tak berantara).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerbaur bagaikan muntah, bercerai bagaikan demam.TakrifSanak saudara, bila jauh selalu terkenang tetapi bila dekat selalu bertengkar. (Peribahasa lain yang sama makna: Jauh bau bunga, dekat bau tahi [= kencing]).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJauh menyalak kuat, dekat mencawat ekor.TakrifBercakap besar di belakang-belakang saja.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rujukan |
Peribahasa Inggeris |
Makna |
Peribahasa Melayu |
Contoh Bahasa Inggeris |
Contoh Bahasa Melayu |
Sumber |
42 | A bird in the hand is worth two in the bush | Sesuatu yang sudah dimiliki adalah lebih baik. Oleh itu, jangan dikejar sesuatu yang meskipun lebih baik tetapi belum pasti kita mendapatnya kerana takut-takut yang ada terlepas pula. | Pelanduk yang dekat ditinggalkan, rusa yang jauh yang dikejar | We decided simply to accept the offer even though it was not what we expected. People said that we might get better offers if we waited a little longer, but a bird in the hand is worth two in the bush. Since the economy was in a bad shape, it was unwise | Kami memutuskan untuk menerima sahaja tawaran itu meskipun tidaklah seperti yang kami harapkan. Kata orang, kemungkinan ada tawaran yang lebih baik jika kami menunggu sedikit masa lagi, tetapi kami tidak mahu pelanduk yang dekat ditinggalkan, rusa yang | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata dekat |
|
Puisi |
---|
|
Duku dekat pohon melati, Banyaknya di bawah bunga bertabur; Hatiku lekat mungkin ke mati, Rasa jiwa seumpama lebur.
Lihat selanjutnya... |
|