PeribahasaDek sukar berkampuh ijuk, nan adat diturut juga.TakrifAdat yang tak boleh ditinggalkan, walaupun hidup melarat. berkampuh ijuk = bertudung atau berselimut ijuk.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKain rabak tegal dek lenggang awak, baju rabik tegal dek lenggok awak, kopiah pesuk tegal dek lonjak awak.TakrifOrang yang suka bermegah-megah akhirnya mencelakakan dan merugikan diri sendiri. rabak = koyak panjang atau lebar; rabik = sobek di tepi, cabik-cabik; pesuk = lekuk.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKelimpanan mata dek pengelan.TakrifDikecewakan oleh orang yang diharapkan. kelimpanan = kelilipan; mata kemasukan debu atau sebagainya; pengelan = galah buat menjolok buah-buahan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMelentur dahan dek meluyut buahnya.TakrifKesusahan keluarga yang banyak anaknya. meluyut = melentur ke bawah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaGenta saja yang berbunyi, kuda sudah dek gerindin.TakrifOrang yang masih bagus berpakaian dan gaya congkaknya, tetapi wangnya tiada lagi atau berpenyakitan. dek gerindin = kena sebangsa penyakit yang biasa menyerang kuda, badannya gementar macam kedinginan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBungkuk (bongkok) 'duk (=dek) menganyam, silap (= sesat) mengelarai.TakrifSekalipun demikian sungguhnya membuat sesuatu pekerjaan namun salah dan silap itu tak dapat dielakkan. mengelarai = menganyam.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTempang gajah berjalan, dek sepuntung duri di tapak kakinya.TakrifBencana kecil yang didiamkan dapat menyebabkan kesusahan yang besar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerat beban yang sedikit dek hati sakit.TakrifKerja yang dipaksa biar berapa ringan sekalipun akan terasa berat juga.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTiada hilang bisa ular dek menyusur akar.TakrifTiada hilang martabat seorang yang mulia kerana merendahkan diri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBenang bercerai-cerai bukannya kain, dek rapat tetal tenunan kain, jarum pun tidak menelusnya.TakrifKetangguhan bersatu padu. tetal = padat; telus = celus.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |