PeribahasaBakar tiada hangus.TakrifSangat degil.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBangsar balur liat.TakrifOrang yang degil. balur = kulit keras.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaItik dimandikan takkan basah.TakrifOrang yang degil tidak akan mendengar nasihat atau ajaran.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJangan liat kurang panggang.TakrifTidak dapat diajar; degil. jangat = kulit binatang atau manusia di sini dimaksudkan kepada kulit kerbau atau lembu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPantang si tegang dibawa mengetul.TakrifOrang yang degil tidak mahu menurut nasihat orang. si tegang = orang yang keras kepala; mengetul = melipatkan, seperti meringkuk waktu tidur.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDientak (hentak) tak masuk, diumpil tak bergerak.TakrifSangat degil.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKikir pari belulang kering, direndam tujuh hari tak basah.TakrifTerlalu degil atau terlalu kikir; orang yang kuat atau berkuasa. kikir = besi baja beringgit atau belulang pari untuk melicinkan kayu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti hendak meluruskan ekor beruk.TakrifSangat sukar menasihati orang yang degil. (Bandingkan dengan: Ekor anjing berapa pun dilurut [akan dia] tiada juga betul).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPipit tuli makan berhujan, tak ditahan (dihalau) padi habis, hendak (= bila) dihalau kain basah.TakrifSerba salah jika berurusan dengan orang yang degil: jika dibiarkan jadi rosak, jika ditegur tiada diikuti; serba salah di dalam sesuatu pekerjaan yang sulit, dikerjakan berbahaya, tak dikerjakan berbahaya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |