PeribahasaNasib penyapu, banyak jasa turun darjat.TakrifTerlalu banyak membuat kebajikan sehingga merosakkan diri sendiri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBertanjak baru bertinjau.TakrifMenurut derajat (darjat) dan kedudukan masing-masing; menurut aturan yang lazim. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Berjanjang naik, bertangga turun, b. Bertangga naik, berjanjang turun).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBertangga naik, berjanjang turun.TakrifMenurut derajat (darjat) dan kedudukan masing-masing; menurut aturan yang lazim. (Peribahasa lain yang sama makna: Berjanjang naik, bertangga turun).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerjanjang naik, bertangga turun.TakrifMenurut derajat (darjat) dan kedudukan masing-masing; menurut aturan yang lazim. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Naik dari janjang, turun dari tangga, b. Naik di janjang di tangga, c. Naik tak bertangga, turun tak berpintu).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaNaik tangga dari bawah.TakrifMenurut derajat (darjat) dan kedudukan masing-masing; menurut aturan yang lazim. (Peribahasa lain yang sama makna: Berjanjang naik, bertangga turun).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAsal besi pengapak kayu, asal emas menjadi penduk.TakrifDarjat seseorang dapat ditentukan pada sifat perangainya. penduk = salut sarung keris.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTegak sama tinggi, duduk sama rendah.TakrifSama setaraf (tentang derajat (darjat) dan sebagainya).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAdat dipakai baru, kain dipakai usang.TakrifAdat yang baik, kalau diikuti, akan mengangkat darjat orang yang mengikutinya itu, kerana kalau adat dipakai selalu maka barulah tampaknya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAntah berkumpul sama antah, beras bersama beras.TakrifSetiap orang selalu mencari orang yang sama derajat (darjat, pangkat ataupun kedudukan) dengannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Burung pipit sama enggang, mana boleh sama terbang, b. Yang enggang sama enggang juga, yang pipit sama pipit juga).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaYang pipit sama pipit, yang enggang, sama enggang.TakrifSetiap orang selalu mencari orang yang sama derajat (darjat, pangkat ataupun kedudukan) dengannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Antah berkumpul sama antah, beras bersama beras, b. Burung pipit sama enggang, mana boleh sama terbang, c. Yang enggang sama enggang juga, yang pipit sama pipit juga).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata darjat |
|
|