PeribahasaMendapat pisang terkubak.TakrifMendapat keuntungan dengan tidak bersusah payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dapat durian runtuh, b. Dapat harta karun, c. Dapat harta timbul, d. Dapat kijang teruit, e. Dapat tebu rebah, f. Kura-kura kakinya tiada basah, g. Rusa dijumpai tiada dikejar).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaRusa dijumpai tiada dikejar.TakrifMendapat keuntungan dengan tidak bersusah payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dapat durian runtuh, b. Dapat harta karun, c. Dapat harta timbul, d. Dapat kijang teruit, e. Dapat tebu rebah, f. Kura-kura kakinya tiada basah, g. Mendapat pisang terkubak).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKura-kura kakinya tiada basah.TakrifMendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dapat durian runtuh, b. Dapat harta karun, c. Dapat harta timbul, d. Dapat kijang teruit, e. Dapat tebu rebah).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDapat tebu rebah.TakrifMendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dapat durian runtuh, b. Dapat harta karun, c. Dapat harta timbul, d. Dapat kijang teruit).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDapat kijang teruit.TakrifMendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dapat durian runtuh, b. Dapat harta karun, c. Dapat harta timbul, d. Dapat tebu rebah). teruit = tersangkut kaki atau tanduk pada akar atau belukar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDapat harta timbul.TakrifMendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dapat durian runtuh, b. Dapat harta karun, c. Dapat kijang teruit, d. Dapat tebu rebah).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBodoh tak dapat diajar, pandai tak dapat mengajar.TakrifBerlagak pandai dan tiada mahu menurut bicara orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Bingung tak dapat diajar, cerdik tak dapat diikuti).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAyam dapat, musang dapat.TakrifPencuri tertangkap, barang-barangnya pun tidak hilang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDekat dapat ditunjal, jauh dapat ditunjuk.TakrifPerkataan atau pengakuan yang dapat dibuktikan kebenarannya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAngin tak dapat ditangkap, asap tak dapat digenggam.TakrifBerita-berita yang buruk tak dapat disembunyikan, kelak akan tersiar juga.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata dapat |
|
Puisi |
---|
|
Tidaklah dapat kuikat-ikat, Kuikat dengan tali benang; Tidaklah dapat kulihat-lihat, Mata melihat hati mengenang.
Lihat selanjutnya... |
|