Rujukan |
Peribahasa Inggeris |
Makna |
Peribahasa Melayu |
Contoh Bahasa Inggeris |
Contoh Bahasa Melayu |
Sumber |
72 | If the cap fits, wear it | Jika kita terasa apabila dikritik meskipun nama kita tidak disebut maka kritikan itu memang ditujukan tepat kepada kita. | Jika ada padi berhampalah; jika ada hati berasalah | When a Malay film portrayed a character who could not speak proper English, a veteran actress suddenly flew into a temper, accusing that the producer was trying to make fun of her. " If the cap fits, wear it!" rebuked the film producer. | Apabila sebuah filem Melayu memaparkan satu watak yang lintang-pukang bahasa Inggerisnya, seorang pelakon veteran tiba-tiba melenting marah, dengan menuduh bahawa pengeluar filem itu cuba mempersendakannya."Jika ada padi berhampalah; jika ada hati berasalah!" tempelak pengeluar filem itu. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
73 | If the cap fits, wear it | Jika kita terasa apabila dikritik meskipun nama kita tidak disebut maka kritikan itu memang ditujukan tepat kepada kita. | Jika ada padi, tentu ada hampanya; jika ada hati tentu terasa | When a Malay film portrayed a character who could not speak proper English, a veteran actress suddenly flew into a temper, accusing that the producer was trying to make fun of her. " If the cap fits, wear it!" rebuked the film producer. | Apabila sebuah filem Melayu memaparkan satu watak yang lintang-pukang bahasa Inggerisnya, seorang pelakon veteran tiba-tiba melenting marah, dengan menuduh bahawa pengeluar filem itu cuba mempersendakannya." Jika ada padi, tentu ada hampanya; jika ada hati tentu terasa!" tempelak pengeluar filem itu. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
175 | He that would eat the kernel must crack the nut | Jika mahukan sesuatu, haruslah berusaha dengan kuat. | Jika tidak dipecahkan ruyung di mana boleh mendapat sagunya. | Finally, his dream to become the first Malaysian astronaut has been realized. Indeed he has been many sacrifices and it took so many years off studying and training. He that would eat the kernel must crack the nut. | Akhirnya, impiannya untuk menjadi angkasawan pertama Malaysia tercapai. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban dan bertahun-tahun lamanya dia belajar dan menjalani latihan. Jika tidak dipecahkan ruyung di mana boleh mendapat sagunya. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
173 | He that would eat the fruit must climb the tree | Jika mahukan sesuatu, haruslah berusaha dengan kuat. | Jika tidak dipecahkan ruyung di mana boleh mendapat sagunya. | Finally, his dream to become the first Malaysian astronaut has been realized. Indeed he has been many sacrifices and it took so many years off studying and training. He that would eat the fruit must climb the tree. | Akhirnya, impiannya untuk menjadi angkasawan pertama Malaysia tercapai. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban dan bertahun-tahun lamanya dia belajar dan menjalani latihan. Jika tidak dipecahkan ruyung di mana boleh mendapat sagunya. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
481 | Practice makes perfect | Perkara yang sukar akan menjadi mudah, dan akhirnya kita menjadi mahir jika kita berlatih selalu dan sering melakukannya. | Pasar jalan kerana diturut, lancar kaji kerana diulang | ''Do not despair. I know that this sport is not easy, but if you train hard, surely you will become a better player. Remember practice makes perfect,'' the coach said to the young talent. | ''Jangan berputus asa. Saya tahu yang sukan itu bukan mudah tetapi kalau kamu berlatih bersungguh-sungguh, tentu kamu akan menjadi lebih handal. Ingat, pasar jalan kerana diturut, lancar kaji kerana diulang,'' kata si jurulatih kepada bakat muda itu. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
480 | Practice makes perfect | Perkara yang sukar akan menjadi mudah, dan akhirnya kita menjadi mahir jika kita berlatih selalu dan sering melakukannya. | Alah bisa tegal biasa | ''Do not despair. I know that this sport is not easy, but if you train hard, surely you will become a better player. Remember practice makes perfect,'' the coach said to the young talent. | ''Jangan berputus asa. Saya tahu yang sukan itu bukan mudah tetapi kalau kamu berlatih bersungguh-sungguh, tentu kamu akan menjadi lebih handal. Ingat, alah bisa tegal biasa,'' kata si jurulatih kepada bakat muda itu. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
623 | Union is strength | Maksud atau kejayaan boleh dicapai jika manusia bekerjasama dan tidak bertindak sendirian. | Seukur berbaur, bertopeng bercerai. | We like chicken but the decision taken by the suppliers to raise its price again was not to our liking. As we believed that union is strength, we made a concerted efford to boycott their produce, hoping that the price would go down. Our efforts were not in vain. Within just a few days, the price did go down. | Kami suka makan ayam, tetapi kami tidak suka tindakan pembekal ayam menaikkan lagi harga bahan makanan. Kami percaya bahawa seukur berbaur, bertopeng bercerai. Oleh itu kami beramai-ramai memulaukan daging ayam dengan harapan harganya akan turun.Usaha kami itu ternyata berhasil. Dalam tempoh beberapa hari sahaja, harga ayam telah turun semula. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
622 | Union is strength | Maksud atau kejayaan boleh dicapai jika manusia bekerjasama dan tidak bertindak sendirian. | Tali yang tiga lembar itu, tak suang-suang putus. | We like chicken but the decision taken by the suppliers to raise its price again was not to our liking. As we believed that union is strength, we made a concerted efford to boycott their produce, hoping that the price would go down. Our efforts were not in vain. Within just a few days, the price did go down. | Kami suka makan ayam, tetapi kami tidak suka tindakan pembekal ayam menaikkan lagi harga bahan makanan. Kami percaya bahawa tali yang tiga lembar itu, tak suang-suang putus. Usaha kami itu ternyata berhasil. Dalam tempoh beberapa hari sahaja, harga ayam telah turun semula. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
619 | Union is strength | Maksud atau kejayaan boleh dicapai jika manusia bekerjasama dan tidak bertindak sendirian. | Muafakat itu berkat* | We like chicken but the decision taken by the suppliers to raise its price again was not to our liking. As we believed that union is strength, we made a concerted efford to boycott their produce, hoping that the price would go down. Our efforts were not in vain. Within just a few days, the price did go down. | Kami suka makan ayam, tetapi kami tidak suka tindakan pembekal ayam menaikkan lagi harga bahan makanan. Kami percaya bahawa muafakat itu berkat. Oleh itu kami beramai-ramai memulaukan daging ayam dengan harapan harganya akan turun.Usaha kami itu ternyata berhasil. Dalam tempoh beberapa hari sahaja, harga ayam telah turun semula. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
618 | Union is strength | Maksud atau kejayaan boleh dicapai jika manusia bekerjasama dan tidak bertindak sendirian. | Kuat lilit kerana simpulnya | We like chicken but the decision taken by the suppliers to raise its price again was not to our liking. As we believed that union is strength, we made a concerted efford to boycott their produce, hoping that the price would go down. Our efforts were not in vain. Within just a few days, the price did go down. | Kami suka makan ayam, tetapi kami tidak suka tindakan pembekal ayam menaikkan lagi harga bahan makanan. Kami percaya bahawa kuat lilit kerana simpulnya. Oleh itu kami beramai-ramai memulaukan daging ayam dengan harapan harganya akan turun. Usaha kami itu ternyata berhasil. Dalam tempoh beberapa hari sahaja, harga ayam telah turun semula. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |