PeribahasaMenjemur bangkai ke atas bukit.TakrifMemperlihatkan aib dan cela diri dan kaum keluarga sendiri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSegar dipakai layu dibuang.TakrifSelagi perempuan itu muda dan cantik dicintai dan disayangi, tetapi setelah tua ditinggalkan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTakkan pisang berbuah dua kali.TakrifSekali merugi (tertipu dan sebagainya) tentu jera dan berhati-hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Takkan dua kali orang tua kehilangan tongkat).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDulu rampak rimbun daun, kini 'lah sangat merarasi.TakrifDulu kaya dan cantik, kini papa dan buruk. raras = gugur, luruh.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTakkan dua kali orang tua kehilangan tongkat.TakrifSekali merugi (tertipu dan sebagainya) tentu jera dan berhati-hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Takkan pisang berbuah dua kali).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHidup tidak kerana doa, mati tidak kerana sumpah.TakrifBerusahalah dengan tenaga dan fikiran sendiri, dan jangan mengharapkan sangat pertolongan orang lain.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBeban berat senggulung batu.TakrifTanggungan yang sangat berat. senggulung = kain (sabut dan sebagainya) yang digulung dan ditaruh di kepala untuk mengganjal barang yang dijunjung.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDurian seambung dengan timun.TakrifJika orang yang kuat dan khianat berhimpun dengan orang lemah dan baik, nescaya binasalah yang lemah dan baik itu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMendaki bukit berkaki dua, menurunnya berkaki seribu.TakrifHendak mencapai kesenangan sangat sukar dan lambat, tetapi kemusnahan dan kerosakan sangat cepat datangnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBahasa dan bangsa itu tidak dijual beli.TakrifBaik buruk adat kelakuan orang menunjukkan tinggi rendah keturunannya (asal usulnya).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |