PeribahasaBusuk daging dikincah, dimakan; busuk ikan, dibuang.TakrifBagaimana sekalipun kejahatan saudara atau keluarga itu, tiada sampai hati menyalahkannya seperti kita menyalahkan orang lain. kincah = mengirai cucian dalam air, membersihkan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLemak penyelar daging.TakrifMemboroskan harta benda tuannya. penyelar = penggoreng.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSebusuk-busuk daging dikincah, dimakan juga; seharum-harum tulang, dibuang.TakrifKaum kerabat yang berbuat salah, dibela dan dibersihkan namanya daripada kesalahan itu, tetapi kalau orang lain didiamkan saja. kincah (mengincah) = membersihkan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAwak kurus daging menimbun.TakrifOrang kaya yang berpura-pura miskin.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAwak sakit daging menimbun.TakrifOrang kaya yang berpura-pura miskin. (Peribahasa lain yang sama makna: Awak kurus daging menimbun).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJangan diajar anak harimau makan daging.TakrifJangan digembirakan anak orang yang berkuasa berbuat zalim. (Bandingkan dengan: Anak harimau diajar makan daging).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai duri dalam daging.TakrifSesuatu hal yang selalu terasa tidak menyenangkan hati.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBersukat darah, bertimbang daging.TakrifMelawan sampai mati.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaIkut hakim memiat daging: sakit di awak sakitlah orang.TakrifSesuatu perintah hendaklah dilakukan dengan adil. memiat (piat) = memiuh ke kiri ke kanan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai kuku dengan isi (= daging).TakrifSangat karib (tentang orang bersahabat atau orang berkasih-kasihan). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai empedu lekat di hati, b. Bagai inai dengan kuku).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |