PeribahasaDada manusia tidak dapat diselam.TakrifPengetahuan (fikiran) seseorang itu tidak dapat diduga.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBelah dada lihatlah hati.TakrifBerkata benar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaIsi dada bekal berjalan.TakrifKalau ada ilmu ke mana pergi mudah rezeki.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeluas dada tuma.TakrifSangat sempit.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTepuk dada tanya selera.TakrifSesuatu pekerjaan yang akan kita lakukan hendaklah difikirkan baik-baik menurut keyakinan kita sendiri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSusu di dada tak dapat dielakkan.TakrifNasib yang tak dapat ditolak.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBiar luka di dada, jangan luka di belakang.TakrifBiar alah sesudah melawan, daripada alah kerana melarikan diri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMeraih pekung ke dada.TakrifSengaja mencari malu atau becana.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMencabik baju di dada.TakrifMenceritakan aib kaum keluarga sendiri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenarik pangkur ke dada.TakrifInsaf akan diri sendiri. pangkur = pacul.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |