PeribahasaCondong yang akan menongkat, rebah yang akan menegakkan.TakrifPemimpin yang akan membantu atau menjaga rakyatnya jika ada kesusahan yang menimpa rakyatnya itu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaCondong yang akan menimpa.TakrifPerbuatan yang sangat membahayakan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaCondong ditumpil, lemah dianduh.TakrifMemberi pertolongan (kewangan, fikiran dan sebagainya) kepada orang-orang yang di dalam kesusahan. ditumpil = ditunjang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaCondong puar ke uratnya, condong manusia kepada bangsanya.TakrifTiap-tiap orang lebih suka kepada keluarganya sendiri daripada kepada orang lain. puar = tumbuhan-tumbuhan hutan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKe mana condong, ke mana rebah.TakrifSudah dilakukan menurut adat yang biasa.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLemah melapis condong menopang.TakrifTolong-menolong satu sama lain.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJangan ditentang matahari condong, takut terturut jalan tak berintis.TakrifHendaklah selalu ingat dan hati-hati, jangan terpedaya dengan sesuatu yang elok; jangan dicari kemarahan orang yang berkuasa.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMemagar kelapa (= kerambil) condong, buahnya jatuh ke ladang orang.TakrifKita yang bersusah payah, orang lain yang mendapat hasilnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaUmpama kayu lempung, belum ditolak condong sendiri.TakrifOrang yang bodoh dan penakut mudah menurut kehendak orang lain.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rujukan |
Peribahasa Inggeris |
Makna |
Peribahasa Melayu |
Contoh Bahasa Inggeris |
Contoh Bahasa Melayu |
Sumber |
58 | Blood is thicker than water | Ahli keluarga lebih dipentingkan daripada orang lain. | Condong puar ke uratnya, condong manusia kepada bangsanya | So you have been married to him for 20 years and you have remained loyal to him through thick and thin. But still he voted for his sister when you and she were vying for the post. It seems that blood is thicker than water, my dear friend. | Jadi awak telah hidup bersamanya selama 20 tahun dan susah senang, awak tetap setia padanya. Namaun dia tetap mengundi kakaknya apabila awak bersaing dengan kakak ipar awak itu untuk merebut jawatan tersebut. Nampaknya condong puar ke uratnya, condong manusia kepada bangsanya, wahai kawanku. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata condong |
|
Puisi |
---|
|
Bukan saja condong ke dulang, Saya tak mahu condong ke desa; Biar saya berputih tulang, Saya tak mahu berputih mata.
Lihat selanjutnya... |
|