PeribahasaMenghendakkan cirit harimau tergantung di ekornya.TakrifIngin kepada barang yang tak mungkin diperoleh.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTermakan (di)cirit berendang.TakrifDi bawah kuasa isteri. cirit = ampas.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKalau tak pandai menggelamai, bercirit kambinglah kelak, dikunyah patah gigi, ditelan sembelit.TakrifSesuatu pekerjaan kalau dikerjakan oleh orang yang tidak tahu, nescaya akan rosaklah pekerjaan itu. (Bandingkan dengan: Tidak mudah menggelamai, kurang haru cirit kambingan, terlampau haru berlantingan). gelamai = dodol, kuih; cirit = biji-biji kecil dan keras yang terjadi kerana kurang jaga waktu mengacau dodol itu; cirit kambing = tahi kambing.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHangat-hangat tahi (= cirit) ayam.TakrifTidak bersungguh-sungguh.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTidak mudah menggelamai, kurang haru cirit kambingan, terlampau haru berlantingan.TakrifTidak mudah melakukan suatu pekerjaan, kalau tidak hati-hati tentu tidak sempurna. (Bandingkan dengan: Kalau tak pandai menggelamai, bercirit kambinglah kelak, dikunyah patah gigi, ditelan sembelit).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenghendaki pucuk alu.TakrifIngin kepada barang yang tak mungkin diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: Menghendakkan cirit harimau tergantung di ekornya).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenghendaki urat lesung.TakrifIngin kepada barang yang tak mungkin diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menghendakkan cirit harimau tergantung di ekornya, b. Menghendaki pucuk alu).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMinta tanduk pada kuda.TakrifIngin kepada barang yang tak mungkin diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menghendakkan cirit harimau tergantung di ekornya, b. Menghendaki pucuk alu, c. Menghendaki urat lesung, d. Minta pucuk pada alu, e. Minta sisik pada limbat).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMinta sisik pada limbat.TakrifIngin kepada barang yang tak mungkin diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menghendakkan cirit harimau tergantung di ekornya, b. Menghendaki pucuk alu, c. Menghendaki urat lesung, d. Minta pucuk pada alu).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMinta pucuk pada alu.TakrifIngin kepada barang yang tak mungkin diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menghendakkan cirit harimau tergantung di ekornya, b. Menghendaki pucuk alu, c. Menghendaki urat lesung).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |