PeribahasaCincin emas takkan tampan bermata kaca.TakrifGadis yang elok dan hartawan takkan sejodoh dengan orang yang miskin dan hodoh.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai mendapat cincin ijuk.TakrifMendapat barang yang tidak berguna.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti cincin dengan permata.TakrifCocok segala-galanya; jodoh yang sesuai benar. (Peribahasa lain yang sama makna: Setumbuk bagai gelang, sejodoh bagai cincin).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSetumbuk bagai gelang, sejodoh bagai cincin.TakrifCocok segala-galanya; jodoh yang sesuai benar. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti cincin dengan permata).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJari kudung dimasukkan cincin.TakrifBerbuat sesuatu tidak pada tempatnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai si kudung beroleh cincin.TakrifBeroleh keuntungan tetapi tidak dapat merasainya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKalau kena tampar biarlah dengan tangan yang pakai cincin, kalau kena tendang biarlah dengan kaki yang pakai kasut.TakrifKalau berbuat salah biarlah dihukum oleh orang yang berkuasa atau ditegur oleh orang yang berilmu, jangan dianiaya oleh orang-orang kecil dan tak tahu apa-apa.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti si buta berbini cantik, si kudung beroleh cincin, si bisu bercakap dan si tuli mendengar.TakrifBeroleh keuntungan tetapi tidak dapat merasainya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaGelang di tangan orang yang hendak dirampas tidak dapat, cincin di jari sendiri terlucut hilang.TakrifOrang yang dengki dan tamak itu selalu mendapat kerugian.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKalau menyeberang sungai biarlah ditelan oleh ibunya, tetapi janganlah dipagut oleh ikan kecil.TakrifKalau berbuat salah biarlah dihukum oleh orang yang berkuasa atau ditegur oleh orang yang berilmu, jangan dianiaya oleh orang-orang kecil dan tak tahu apa-apa. (Peribahasa lain yang sama makna: Kalau kena tampar biarlah dengan tangan yang pakai cincin, kalau kena tendang biarlah dengan kaki yang pakai kasut).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |