PeribahasaCermat masa banyak, jimat masa sedikit.TakrifSelalu berhati-hati dalam membelanjakan (menggunakan) sesuatu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerdikit-dikit, lama-lama menjadi bukit.TakrifCermat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaNasi tak dingin, pinggan tak retak.TakrifCermat melakukan sesuatu pekerjaan. Biasa dijadikan gurindam; engkau tak ingin, aku tak hendak.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHemat pangkal kaya, sia-sia hutang tambah.TakrifHemat dan cermat mendatangkan kesenangan, boros dan membazir mendatangkan kesukaran.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBiar lambat laga, asal menang.TakrifMembuat sesuatu perkara hendaklah dengan cermat dan hati-hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Biar lambat asal selamat, tak lari gunung dikejar).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKetika ada jangan dimakan, telah habis (= tiada) maka dimakan.TakrifBerhemat cermat dalam penghidupan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaNak kaya berdikit-dikit, nak ramai bertabur urai.TakrifJimat dan cermat tangga kekayaan, murah hati tangga tuah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPantang kutu dicukur, pantang manusia dihinakan.TakrifBercakap -cakap haruslah hemat dan cermat, jangan sampai melukai hati orang lain; tiap-tiap orang mempunyai harga diri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSebagai kucing di atas tembok.TakrifOrang yang menjaga dua pekerjaan; orang yang cermat dalam gerak-gerinya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBiar lambat asal selamat, tak lari gunung dikejar.TakrifMembuat sesuatu perkara hendaklah dengan cermat dan hati-hati.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |