PeribahasaCelaka tiga belas.TakrifMalang sekali.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaCelaka ayam, padi masak makan ke hutan.TakrifNasib yang malang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMalang celaka Raja Genggang, tuak terbeli tunjang hilang.TakrifNasib yang malang, waktu maksud yang kedua diperoleh, barang yang sudah di tangan pula hilang. (Peribahasa lain yang sama makna: Tuak terbeli, tunjang hilang). tuak = nira yang diberi beragi; tunjang = kaki.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTangan yang celaka kerja jatuh.TakrifMendapat kerugian kerana perbuatan anggota keluarga yang tidak bertanggungjawab.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAwak yang celaka, orang yang diumpat.TakrifDirinya sendiri yang bersalah (kerana kemalangan, kecelakaan, kekalahan dan sebagainya), orang lain pula yang disesalkan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTuah anjing, celaka kuda.TakrifBahagia pada yang satu, celaka pada yang lain. (Bandingkan dengan: Tebu pada awak, peria pada teman).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTuah sebesar bukit, celaka sebesar gunung.TakrifMendapat kemalangan silih berganti. (Peribahasa lain yang sama makna: Tuah melambung tinggi, celaka menimpa badan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHulu malang pangkal celaka.TakrifPermulaan segala bencana.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTuah melambung tinggi, celaka menimpa badan.TakrifMendapat kemalangan silih berganti. (Peribahasa lain yang sama makna: Untung melambung, malang menimpa).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaRosak bawang ditimpa jambak.TakrifMenjadi celaka kerana perbuatan (kawan, kaum dan sebagainya) sendiri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata celaka |
|
Puisi |
---|
|
Sapu tangan penyapu tangan, Dibawa orang ke tepian; Malang tangan celaka tangan, Dalam tangan untung bahagian.
Lihat selanjutnya... |
|