PeribahasaLagak Padang, omong Betawi.TakrifCakap besar, tetapi tiada berisi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSedikit hujan banyak yang basah.TakrifKecelakaan kecil membawa akibat yang besar; pengetahuan sedikit tetapi cakap besar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHarap ke mulut besar cakap, kerja suatu tak boleh cekap.TakrifCakapnya saja yang besar tetapi buktinya tidak ada.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBeliung yang besar hayun, kecil makannya.TakrifBesar cakap tetapi hasilnya sedikit.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBeriak tanda tak dalam, bergoncang tanda tak penuh.TakrifOrang yang sombong, besar cakap tidak berisi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaCakap berdegar-degar, tahi tersangkut di gelegar.TakrifCakapnya saja yang besar tetapi tidak ada satu pun pekerjaan yang dilakukan olehnya. (Biasa juga: Cakap berdegar-degar, tumit di keting).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKebanyakan halilintar kurang hujan.TakrifCakap saja yang besar, tetapi hasilnya tidak ada.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHendak(nya) saja yang besar, masuknya tak (se)berapa.TakrifBanyak cakap, tetapi buktinya sedikit sekali.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |