PeribahasaSudah dapat gubah dikarang, bunga sekaki dicampak buang.TakrifKerana sudah mendapat yang lebih baik, yang lama atau yang kurang baik dibuang. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi, b. Telah dapat gading bertuah, terbuang tanduk kerbau mati). gubah dikarang = bunga=bunga yang dikarang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBunga yang layu tidak diseri oleh kumbang.TakrifPerawan tua tidak dipinang orang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBunga yang harum itu ada juga durinya.TakrifTak ada yang tak ada cacatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Tak ada elok yang tidak bercacat, b. Tak ada gading yang tak retak).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBunga tengah kembang di taman, baunya merebak ke mana-mana.TakrifKecantikan seorang gadis yang telah gah ke mana-mana.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBunga raya kembang pagi.TakrifMuka yang merah padam kerana terlalu marah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBunga layu kembang semula.TakrifOrang tua yang bersolek seperti orang muda.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBunga gugur putik pun gugur.TakrifTiap-tiap yang hidup akan mati dengan tidak memandang umur. (Peribahasa lain yang sama makna: Mumbang jatuh [= runtuh], kelapa jatuh [= runtuh]).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBunga kembang berbalik kuncup.TakrifSeseorang yang mulanya menurut kehendak kita, tetapi kemudiannya ia ingkar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBunga kembang menanti layu.TakrifKecantikan dan keelokan seorang perempuan tiada kekal.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBunga dipersunting akhirnya akan layu.TakrifSesuatu yang dipakai itu akan buruk kesudahannya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rujukan |
Peribahasa Inggeris |
Makna |
Peribahasa Melayu |
Contoh Bahasa Inggeris |
Contoh Bahasa Melayu |
Sumber |
31 | Better death than dishonour | Lebih baik mati berjuang daripada menanggung malu kerana menyerah kalah | Daripada hidup bergelumang tahi, baik mati bertimbun bunga | We would rather perish in the name of our cause than to live in shame. Better death than dishonour. Thus, we shall never capitulate so long as we have not regained the land! | Kami lebih rela gugur demi perjuangan ini daripada hidup dalam keaiban. Daripada hidup bergelumang tahi, baik mati bertimbun bunga . Maka, kami tidak akan sekali-kali menyerah kalah selagi tanah air kami tidak dibebaskan! | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata bunga |
|
Puisi |
---|
|
Duduk berniaga di Kampung Cina, Buat sempadan Datuk Penghulu; Jangan harap pada bunga, Bunga tidak kembang selalu.
Lihat selanjutnya... |
|