PeribahasaDitentang langit, langit; ditentang bumi, bumi.TakrifTidak ada tempat bergantung, melarat sekali.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBumi mana yang tidak kena hujan?TakrifTiap-tiap orang ada kalanya berbuat salah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJadi bumi langit.TakrifOrang yang sangat diharapkan pertolongannya dan segala nasihatnya dituruti.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSebagai bumi dengan langit.TakrifSangat jauh bezanya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTerban bumi tempat berpijak.TakrifPutus harapan kerana kehilangan tempat bergantung.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDi mana bumi (= tanah) dipijak, di sana (= di situ) langit dijunjung.TakrifHendaklah menurut adat dan aturan tempat yang kita diami.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHujan menimpa bumi.TakrifTiada dapat melepaskan diri daripada perintah orang-orang yang berkuasa.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLangit runtuh, bumi cair.TakrifSegala harapan sudah musnah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLangit berkelikir, bumi bertemberang; salah-salah fikir menjadi hamba orang.TakrifFikiran yang menurut hawa nafsu akhirnya membawa kepada kehinaan. berkelikir = bergelang-gelang rotan; temberang = tali temali di perahu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaNikah maharaja bumi (= Boma).TakrifNikah tanpa belanja.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |