PeribahasaAnak kuda bulu kasap.TakrifAnak muda yang riang gembira. bulu kasap = bulu yang tidak licin.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai menghitung bulu kambing.TakrifPekerjaan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Membandarkan air ke bukit).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaCarik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga.TakrifPerselisihan sesama keluarga itu akhirnya akan berbaik kembali.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaRetak-retak bulu ayam.TakrifPerselisihan yang mudah didapatkan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTerlayang-layang bagai bulu sehelai.TakrifHidup melarat tanpa tempat perlindungan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAnak ayam kebasahan bulu.TakrifGelisah resah; menjijikkan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaUtang (hutang) tiap helai bulu.TakrifSangat banyak hutangnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Utang [hutang] sebelit [selilit] pinggang).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaIsi lemak dapat ke orang, tulang bulu pulang ke kita.TakrifKita yang berusaha, orang lain yang senang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenaikkan bendar sondai.TakrifPekerjaan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai menghitung bulu kambing, b. Membandarkan air ke bukit). bendar = serokan, parit (di sawah); sondai = miring, landai.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMembandarkan air ke bukit.TakrifPekerjaan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai menghitung bulu kambing, b. Menaikkan bendar sondai). membandarkan = mengalirkan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |