PeribahasaBulan terang paksa baik; payang ke laut, balok pun ke laut juga.TakrifDalam masa kemakmuran semua orang berlumba-lumba mencari keuntungan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBulan terang dalam rimba.TakrifOrang pandai yang memperlihatkan kepandaiannya kepada orang-orang yang tak dapat menghargai kepandaiannya itu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBulan naik matahari naik.TakrifMendapat untung dan bahagia di kiri kanan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBulan mengambang dikandung awan.TakrifLelaki yang merindukan seorang perempuan, dan perempuan itu telah diambil oleh orang lain.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBulan jatuh di ribaannya.TakrifBeruntung besar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBulan dipagar bintang.TakrifCocok segala-galanya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai bulan penuh mengambang di kaki awan.TakrifPerempuan cantik yang keluar dari rumahnya kerana hendak berjalan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerkandilkan bulan.TakrifTidak mempunyai rumah tempat tinggal.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti bulan kesiangan hari.TakrifMuka yang sangat pucat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti bulan dengan matahari.TakrifSudah sepadan benar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |