PeribahasaRebut rampas bertanda-beti.TakrifSekalian perkara baru boleh diputuskan sesudah cukup bukti dan keterangan. tanda-beti = tanda bukti.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKalau bertangkai boleh dijinjingkan.TakrifBukti yang dapat dipakai sebagai punca sesuatu penyelidikan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMusang terjun, lantai terjungkat (= terjungkit).TakrifTanda-tanda (bukti) tentang kejahatan yang telah diperbuat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBertampuk bertangkai.TakrifPerjanjian yang tidak dapat dimungkiri lagi kerana ada bukti yang dapat dipegang. (Peribahasa lain yang sama makna: Bertali boleh diheret, bertampuk boleh dijinjing).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPaku sebatang, kuat bunyi tukulnya bertalu-talu.TakrifBercakap besar tetapi bukti kerja tidak ada.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSir bagai berpuntung suluh.TakrifSesuatu dakwaan hendaklah dengan keterangan dan bukti yang cukup.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSiar bakar berpuntung suluh.TakrifTiap-tiap perkara dapat diputuskan kalau sudah cukup bukti dan keterangannya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBersurih bak sepasin, berjejak bak berkik, berbau bak embacang.TakrifKejahatan yang telah cukup bukti dan keterangannya. surih = garis; berkik = burung.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBertali boleh diheret, bertampuk boleh dijinjing.TakrifPerjanjian yang tidak dapat dimungkiri lagi kerana ada bukti yang dapat dipegang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHukum berdiri dengan sakti, adat berdiri dengan tanda.TakrifUndang-undang agama kuat dengan keterangan-keterangan lisan, undang-undang adat kuat dengan tanda-tanda bukti.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |