PeribahasaTak tahu membalas guna.TakrifMelupai budi baik orang; tak berterima kasih kepada kebaikan orang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaUlat lupakan daun.TakrifLupa akan budi baik orang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHancur badan dikandung tanah, budi baik terkenang juga.TakrifBudi bahasa yang baik tidak akan dilupakan orang walaupun sudah mati.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBesi baik tiada berkarat.TakrifBudi baik tidak dilupakan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaUtang (hutang) emas dapat (= boleh) dibayar, utang (hutang) budi dibawa mati.TakrifBudi baik orang haruslah diingat selama-lamanya, kerana budi bahasa tak dapat dibayar dengan wang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaYang merah saga, yang kurik kundi; yang indah bahasa, yang baik budi.TakrifBiarpun rupa elok dan kacak, tetapi kalau budi bahasa buruk, maka akan hina juga pada pandangan masyarakat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPutih tulang dikandung tanah, budi yang baik dikenang juga.TakrifBudi bahasa yang baik akan tetap dikenang orang, walaupun kita telah lama meninggal dunia.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaGagak bersuara murai.TakrifRupanya hodoh tetapi suaranya merdu dan baik budi bahasanya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJika bunga tak hendak dipersunting, boleh dibuat peraksi kain.TakrifPerempuan yang baik budi pekertinya, walau sudah tua (rupa hodoh), boleh juga menjadi ketua rumah. raksi = bau-bauan yang harum; peraksi = bunga-bungaan dan sebagainya untuk mengharumkan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSudah merasa maka (= baru) santun.TakrifBaru ada belas kasihan sesudah menderita kesusahan. santun = baik budi bahasa.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |