PeribahasaBingung tengkar, cerdik begar.TakrifOrang-orang yang sukar diajak muafakat. tengkar = bantah, cekcok; begar = susah, keras.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBingung tak dapat diajar, cerdik tak dapat diikuti.TakrifBerlagak pandai dan tiada mahu menurut bicara orang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBingung makanan si cerdik, orang tidur makanan si jaga.TakrifOrang yang bodoh itu menjadi mangsa penipuan orang yang cerdik.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaCerdik elang, bingung sikikih; lamun murai terkecoh juga.TakrifBiarpun cerdik atau bodoh orang besar-besar itu tetapi orang kecil-kecil juga yang selalu menanggung rugi. sikikih = sebangsa enggang, kecil sedikit.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaYang bingung makanan yang cerdik, yang tidur makanan yang jaga.TakrifOrang yang bodoh itu menjadi mangsa penipuan orang yang cerdik. (Peribahasa lain yang sama makna: Bingung makanan si cerdik, orang tidur makanan si jaga).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti pikat kehilangan mata.TakrifBingung tak tentu arah. pikat = sebangsa lalat besar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai kucing kehilangan anak.TakrifKehilangan akal; bingung.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai ayam kena kepala.TakrifTidak dapat berbuat apa-apa; bingung. kena kepala = kena lempar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti kena pembungkam.TakrifTerdiam tak dapat berkata-kata. pembungkam = hikmat cuca yang membuat orang bingung dan tiada dapat membuka mulut.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBodoh tak dapat diajar, pandai tak dapat mengajar.TakrifBerlagak pandai dan tiada mahu menurut bicara orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Bingung tak dapat diajar, cerdik tak dapat diikuti).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |