PeribahasaLaksana binatang umang-umang di mana sarang udang di situ tempat menumpang.TakrifOrang yang hidupnya bergantung kepada orang lain.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBinatang tahan palu, manusia tahan kias.TakrifMengajar binatang dengan pukulan, mengajar manusia dengan kiasan atau sindiran.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaManusia tahan kias, binatang tahan palu.TakrifMengajar manusia dengan sindiran, mengajar binatang dengan pukulan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJangan liat kurang panggang.TakrifTidak dapat diajar; degil. jangat = kulit binatang atau manusia di sini dimaksudkan kepada kulit kerbau atau lembu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBersawah sepiring tidak, 'kan tempat sepasin bertanya.TakrifKemiskinan yang amat sangat. sepasin = binatang yang akan menjadi sepatung.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai anjing melintang denai.TakrifSangat gembira; sangat gembira; sangat sombong. denai = jejak binatang besar di hutan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTiada telap oleh asai.TakrifSihat dan kuat meskipun usianya telah lanjut. asai = binatang kecil yang memakan kayu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKerosok ular di rumpun bambu.TakrifAncaman daripada orang yang pengecut. kerosok = bunyi di daun-daun kering kerana dilalui binatang atau lain-lain.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai kucing tidur di bantai.TakrifHidup senang dan mewah. (Peribahasa lain yang sama makna: Ayam bertelur di atas padi). bantai = daging binatang yang disembelih.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSerupa burak.TakrifKecantikan wajah seseorang wanita. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai bulan empat belas, b. Serupa bulan penuh). burak = sebangsa haiwan ghaib, bertubuh binatang, bersayap seperti burung, berkepala sebagai manusia.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |