PeribahasaBila pula biawak duduk?TakrifPertanyaan untuk sesuatu yang mustahil.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBila kucing tidak bergigi, tikus berani melompat tinggi.TakrifApabila orang yang ditakuti sudah tidak berkuasa lagi, maka orang-orang pun berleluasalah melakukan sekehendak hati.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBila 'dah merah: kunyit salahkan kapur, kapur salahkan kunyit.TakrifApabila telah berlaku sesuatu kejadian yang tidak baik, maka satu sama lain salah menyalahkan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBila meminta: lembut gigi daripada lidah.TakrifBila berkehendakkan sesuatu maka selalu orang berlemah lembut dan merendahkan diri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerkokok di luar gelanggang, bila ke tengah menyusup di bawah kelengkang.TakrifBercakap besar di belakang tetapi bila berhadapan mengaku kalah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKalau laba bercikun-cikun, buruk diberitahu orang.TakrifBila beroleh kesenangan, diam saja; tetapi bila menderita susah berkeluh kesah atau minta tolong pada orang lain. bercikun-cikun = bersembunyi-sembunyi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerbaur bagaikan muntah, bercerai bagaikan demam.TakrifSanak saudara, bila jauh selalu terkenang tetapi bila dekat selalu bertengkar. (Peribahasa lain yang sama makna: Jauh bau bunga, dekat bau tahi [= kencing]).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJauh bau bunga, dekat bau tahi (= kencing).TakrifSanak saudara, bila jauh selalu terkenang tetapi bila dekat selalu bertengkar. (Peribahasa lain yang sama makna: Berbaur bagaikan muntah, bercerai bagaikan demam).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTak usah bimbang, gula di dalam mulut, bila hendak telan, telan.TakrifBarang yang sudah ada di dalam tangan, bila suka boleh digunakan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKalau dipanggil dia menyahut, bila dilihat dia bersuara.TakrifJawab yang benar dan tepat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rujukan |
Peribahasa Inggeris |
Makna |
Peribahasa Melayu |
Contoh Bahasa Inggeris |
Contoh Bahasa Melayu |
Sumber |
143 | You'll be damned if you do and damned if you don't | Berada dalam dilemma untuk membuat pilihan kerana kedua-dua pilihan yang ada tetap akan mendatangkan masalah. | Pipit tuli makan dihujan, tak dihalau padi habis, bila dihalau kain basah | The volcanic mud that gushed out from the underground has devoured the whole village. In a desperate move to save the village, the government decided to divert the mud flow to the nearby sea. But the action caused an uproar among the fisherman who worried | Lumpur gunung berapi yang memancut keluar dari perut bumi telah menenggelamkan seluruh kampung. Untuk menyelamatkan kampung itu, kerajaan telah mengambil langkah terakhir untuk mengalihkan lumpur itu ke arah laut yang berhampiran.Namun tindakan ini telah menimbulkan kekecohan dalam kalangan nelayan yang bimbang periuk nasi mereka akan terjejas. Keadaan ini membuatkan kerajaan berasa serba salah kerana seperti pipit tuli makan dihujan, tak dihalau padi habis, bila dihalau kain basah . | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata bila |
|
Puisi |
---|
|
Cik Atak duduk tersenyum, Bila-bila nampak tunangnya; Buah masak terlalu ranum, Tentu hilang manis rasanya.
Lihat selanjutnya... |
|