PeribahasaLembah diraih, pantai dititi.TakrifSikap yang bijaksana, dalam mengeluarkan sesuatu perintah. raih = tarik.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenarik rambut di dalam tepung.TakrifBersikap bijaksana dalam menyelesaikan sesuatu masalah. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti memalu ular dalam benih: ular biar mati, benih jangan rosak).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJauhari juga yang mengenal manikam.TakrifOrang yang bijaksana juga yang mengetahui keelokan ilmu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerketak ayam, tahu akan bertelur atau tidak.TakrifOrang yang bijaksana itu, apabila mendengar orang bercakap, tahu ia benar atau bohong, berilmu atau tidak.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaIkannya belum dapat, airnya sudah keruh.TakrifPerbuatan (= tindakan) yang tidak bijaksana.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKita baru mencapai pengayuh, orang sudah tiba ke seberang.TakrifOrang yang bijaksana selalu lebih dulu mencapai maksudnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHilang kepala kura-kura ditelan oleh dadanya.TakrifOrang hina tetapi berilmu dan bijaksana tetap akan dihormati orang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti memalu ular dalam benih: ular biar mati, benih jangan rosak.TakrifBersikap bijaksana dalam menyelesaikan sesuatu masalah. (Peribahasa lain yang sama makna: Menarik rambut di dalam tepung).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaEmpat gasal, lima genap; dikendur berdentang-dentang, ditegang berjela-jela.TakrifTutur kata orang yang bijaksana selalu tersembunyi maksudnya. gasal = ganjil.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPandai mengambil otak di dalam kepala, tiada diketahui oleh tuan tubuh.TakrifPandai berkata-kata; arif bijaksana.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |