PeribahasaBiduk upih pengayuh bilah.TakrifTiada berdaya akan mengerjakan sesuatu pekerjaan kerana kekurangan alat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBiduk tiris menanti karam.TakrifSudah tak tertolong lagi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBiduk satu nakhoda dua.TakrifPerempuan yang menduakan suami; suatu pekerjaan dua kepalanya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBiduk pecah nakhoda mati, anak buah bercerai-berai.TakrifApabila perusahaan yang besar mengalami kerugian maka pekerja-pekerjanya pun bercerai-berai.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBiduk lalu kiambang bertaut.TakrifDua pihak yang berselisih akan berbaik kembali bila pengacum telah tersingkir. (Bandingkan dengan: Berkelahi di hujung batang, berbaik di pangkal batang). (Peribahasa lain yang sama makna: Sekali perahu lalu, sekali kiambang berkuak).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBiduk kalau tidak berkemudi, bagaimana ia akan laju.TakrifSuatu pekerjaan yang dikerjakan tanpa ilmu, tentu tidak akan sampai kepada yang dimaksudkan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLain biduk lain digalang.TakrifJawab yang bersalahan dengan pertanyaan. (Peribahasa lain yang sama makna: Lain sakit lain diubat, lain luka lain dibebat). galang = penyangga, landasan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti biduk dikayuh hilir.TakrifMengerjakan pekerjaan yang sangat digemarinya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTiada biduk karam sebelah.TakrifApabila seseorang mendapat kecelakaan, tentu kaum keluarganya akan ikut menolong.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTertumbuk biduk dikelokkan, tertumbuk kata difikiri.TakrifKalau bertemu jalan buntu atau kesukaran dalam sesuatu perundingan, hendaklah berusaha dengan saksama untuk mengatasinya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rujukan |
Peribahasa Inggeris |
Makna |
Peribahasa Melayu |
Contoh Bahasa Inggeris |
Contoh Bahasa Melayu |
Sumber |
566 | Sweep your own doorstep clean | Tidak usahlah mengkritik orang lain jika diri sendiri pun tidak betul. | Pacak mencerca biduk orang, biduk sendiri tak terkayuh | ''You have no right to accuse her wasting her husband's money when you yourself squandered away your late father's fortune on your boyfriend. Sweep your own doorstep clean first,'' I said | ''Tak payahlah awak hendak menuduhnya membazirkan wang ringgit suaminya sedangkan awak sendiri memboroskan harta arwah bapa awak untuk teman lelaki awak. Pacak mencerca biduk orang, biduk sendiri tak terkayuh,'' kataku. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
283 | Kill two birds with one stone | Mencapai dua maksud sekali gus dengan melakukan satu kerja atau tindakan. | Sambil berdendang, biduk hilir. | We are really kill two birds with one stone at the stadium. We were not only able to watch our favourite game but also earning some profit by selling souvenirs there. | Kami betul-betul sambil berdendang, biduk hilir di stadium itu. Kami bukan sahaja menonton sukan kegemaran kami tetapi juga meraih untung dengan menjual cenderamata di sana. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
406 | The more you get, the more you want | Manusia tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki: sudah dapat, mahu lagi. | Ada biduk, serempu pula | I told myself that once my savings reached RM1million, I would retire for good. But the more you get, the more you want. Now, I think that amount is not enough. | Aku berkata kepada diriku yang aku akan bersara sebaik sahaja simpananku mencecah RM1 juta. Tetapi ada biduk, serempu pula . Kini, aku merasakan bahawa jumlah itu tidak mencukupi. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata biduk |
|
Puisi |
---|
|
Apakah lilin di biduk, Namun gala-gala jua; Apakah kirim mande esok, Anak berurai air mata jua.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 283 Kill two birds with one stone Mencapai dua maksud sekali gus dengan melakukan satu kerja atau tindakan. Sambil berdendang, biduk hilir. We are really kill two birds with one stone at the stadium. We were not only able to watch our favourite game but also earning some profit by selling souvenirs there. Kami betul-betul sambil berdendang, biduk hilir di stadium itu. Kami bukan sahaja menonton sukan kegemaran kami tetapi juga meraih untung dengan menjual cenderamata di sana. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|