PeribahasaBalik belakang lain bicara.TakrifMungkir janji.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerhadap kasih mesra, balik belakang lain bicara.TakrifTidak teguh janji.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAgak lebih daripada agih.TakrifBanyak bicara, sedikit kerja.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTersesak (= terdesak) padang ke rimba (= ke tebing).TakrifHabis akal bicara sehingga tidak ada daya upaya lagi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSenduk besar tak mengenyang.TakrifBanyak janji tetapi tidak ditepati; banyak bicara, tetapi tak ada buktinya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDitarik ia menanduk, digiring ia menyepak.TakrifOrang bodoh, yang tidak mahu menurut bicara orang. (Bandingkan dengan: a. Di belakang ia menendang kita, bila di depan ia mengeting kita, jika di tengah ia berpusing ligat pula, b. Diiringkan menyepak, dikemudiankan menanduk)SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBodoh tak dapat diajar, pandai tak dapat mengajar.TakrifBerlagak pandai dan tiada mahu menurut bicara orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Bingung tak dapat diajar, cerdik tak dapat diikuti).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBingung tak dapat diajar, cerdik tak dapat diikuti.TakrifBerlagak pandai dan tiada mahu menurut bicara orang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKaram di darat ada juga tinggal tungku lekar, karam di laut habis sekali.TakrifKalau susah dalam negeri sendiri, dapat juga diminta bantuan pada sanak saudara, tetapi kalau susah di rantau orang hilanglah akal bicara. lekar = penyangga (lapik) kuali diperbuat daripada rotan atau lidi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata bicara |
|
Puisi |
---|
|
Helang menyambar burung udara, Singgah menyambar gelugut batang; Hilang budi lenyap bicara, Kasih menjulung bencana datang.
Lihat selanjutnya... |
|