PeribahasaDipegang lengan sudah bak lengan, dipegang betis sudah bak betis.TakrifOrang yang menyangka dirinya telah cukup kuat (tentang wang atau akal) sehingga tidak perlu meminta bantuan daripada orang lain lagi; angkuh dan sombong. (Peribahasa lain yang sama makna: Dikacak betis sudah bak betis, dikacak lengan sudah bak lengan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDikacak betis sudah bak betis, dikacak lengan sudah bak lengan.TakrifOrang yang menyangka dirinya telah cukup kuat (tentang wang atau akal) sehingga tidak perlu meminta bantuan daripada orang lain lagi; angkuh dan sombong. dikacak = dipegang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDiberi betis hendak paha.TakrifDiberi sedikit, lalu hendak minta banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dibenarkan duduk di serambi, hendak bermaharajalela di tengah rumah, b. Seperti Belanda minta tanah).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerkotakan (= berkubukan, bernegerikan) betis.TakrifTidak mempunyai tempat tinggal yang tetap.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBelum tuarang panjang, buah sengkuang sebesar betis.TakrifKhabar angin yang dilebih-lebihkan. tuarang = musim kemarau.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti Belanda minta tanah.TakrifDiberi sedikit, lalu hendak minta banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dibenarkan duduk di serambi, hendak bermaharajalela di tengah rumah, b. Diberi betis hendak paha, c. Diberi sejengkal hendak sehasta, diberi sehasta hendak sedepa).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata betis |
|
Puisi |
---|
|
Mengeting kaki mengeting betis, Seperti benang sudah diisi; Dipandang jauh cantikmu alis, Gambar adik terkenang hati.
Lihat selanjutnya... |
|