PeribahasaMelonjak ikan melonjak gerandang, orang melonjak dengan radai, awak melonjak dengan perut besar.TakrifOrang kecil yang hendak menyamai orang besar-besar, akhirnya perbuatannya itu menjadi tertawaan orang ramai; peri sifat orang yang angkuh.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPerut besar, entah anak entah tahi.TakrifSaudagar yang besar perniagaannya, entah modal sendiri, ataupun modal pinjaman.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPerut buncit lama-kelamaan (= lama-lama) menjadi busung.TakrifAlamat bahawa sesuatu perkara akan terjadi. busung = gembung atau bengkak besar kerana penyakit.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLaksana buntal kembung, perut buncit di dalamnya kosong.TakrifOrang yang tiada berpengetahuan, hanya cakapnya saja yang besar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata besar perut; |
|
|