PeribahasaBesar, besar istana raja; kecil, kecil pondok sendiri.TakrifWalau bagaimanapun senang di rumah besar kepunyaan orang, tidaklah sama dengan kesenangan di rumah sendiri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBesar, besar gunung dipandang; kecil, kecil hutang disandang.TakrifHutang itu walau sedikit sekalipun berat juga bagi orang yang menanggungnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kecil gunung dipandang, besar hutang disandang).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKecil-kecil lada api, besar-besar limau abung.TakrifMeskipun kecil tetapi berani. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kecil-kecil anak harimau, b. Kecil-kecil cabai rawit, c. Kecil-kecil cili Melaka). limau abung = sebangsa limau besar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaGajah empat kaki lagi tersaruk.TakrifOrang besar-besar itu ada waktunya akan kehilangan kebesarannya; nasib tidak dapat ditentukan. (Peribahasa lain yang sama makna: Sedangkan gajah yang besar dan berkaki empat lagi tersandung). tersaruk = tersandung.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSedangkan gajah yang besar dan berkaki empat lagi tersandung.TakrifOrang besar-besar itu ada waktunya akan kehilangan kebesarannya; nasib tidak dapat ditentukan. (Peribahasa lain yang sama makna: Gajah empat kaki lagi tersaruk). tersandung = terserandung, tersaruk.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKuat berdiri pohon kerana akarnya, kuat akar kerana tanah.TakrifKekuatan sebuah kerajaan kerana orang besar-besarnya, kekuatan orang besar-besar kerana rakyatnya yang bersatu padu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHarimau ditakuti sebab giginya.TakrifOrang besar-besar itu ditakuti kerana kekuasaannya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaIkan yang di dalam lautan yang besar-besar sekalipun, termasuk juga ke dalam pukat.TakrifSepandai-pandai orang, ada kalanya salah juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belut kena ranjau [= getah], b. Sepandai-pandai tupai melompat, sekali gawal [= terjatuh] juga, c. Walau ikan diam di dalam tujuh lautan sekalipun, termasuk ke dalam pukat juga).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKerbau bertanduk, rotan beronak.TakrifOrang besar-besar kuat kerana kekuasaannya dan rakyat kuat kerana persatuannya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaGajah terum di tengah rumah.TakrifOrang besar-besar bertamu ke rumah orang miskin, sehingga menyusahkan orang yang menerimanya itu. terum = duduk, dikatakan hanya tentang gajah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |