PeribahasaSeekor kuman di negeri China dapat dilihat, tetapi gajah bertenggek di batang hidung tiada sedar.TakrifKesalahan orang lain, biar pun kecil, tampak; tetapi kesalahan sendiri tidak disedari. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiada tampak, b. Langit dapat dilukis, sudut kambut diserayakan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiada tampak.TakrifKesalahan orang lain, biar pun kecil, tampak; tetapi kesalahan sendiri tidak disedari. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Langit dapat dilukis, sudut kambut diserayakan, b. Seekor kuman di negeri China dapat dilihat, tetapi gajah bertenggek di batang hidung tiada sedar).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLangit dapat dilukis, sudut kambut diserayakan.TakrifKesalahan orang lain, biar pun kecil, tampak; tetapi kesalahan sendiri tidak disedari. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiada tampak, b. Seekor kuman di negeri China dapat dilihat, tetapi gajah bertenggek di batang hidung tiada sedar). kambut = sebangsa bakul; diserayakan = dimintakan pertolongan orang lain.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLautan yang dalam sudah diselam rata, buyung di dapur tak tahu apa isinya.TakrifNegeri yang jauh sudah dilawati dan diambil tahu, tetapi hal rumah tangga sendiri tiada diperiksa bagaimana keadaannya. (Bandingkan dengan: a. Kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiada tampak, b. Langit dapat dilukis, sudut kambut diserayakan, c. Seekor kuman di negeri China dapat dilihat, tetapi gajah bertenggek di batang hidung tiada sedar).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Puisi |
---|
|
Burung merpati terbang ke hutan, Duduk bertenggek di tepi sungai; Tuan umpama cahaya intan, Bagai zamrud baru dicanai.
Lihat selanjutnya... |
|