PeribahasaMoncong seperti ekor ayam.TakrifTak berhenti-henti bercakap; tiada diam.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSudah mengilang membajak pula.TakrifTak berhenti-hentinya bekerja; menderita kesusahan yang tak habis-habis. mengilang = menggilang tebu untuk diambil airnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti bertih direndang.TakrifBerdetusan tiada berhenti-hentinya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDisuruh pergi dipanggil datang, bekerja kerana perintah, berhenti kerana tegah.TakrifPatuh menurut perintah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKaki naik, kepala turun.TakrifBekerja tak berhenti-henti siang dan malam, selalu sibuk. (Peribahasa lain yang sama makna: Kepala ke bawah, kaki ke atas).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMulut bagai ekor ayam dihembus.TakrifTak berhenti-henti bercakap; tiada diam. (Peribahasa lain yang sama makna: Moncong seperti ekor ayam).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKepala ke bawah, kaki ke atas.TakrifBekerja tak berhenti-henti siang dan malam, selalu sibuk. (Peribahasa lain yang sama makna: Kaki naik, kepala turun).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDuduk meraut ranjau, tegak meninjau jarak.TakrifSelalu bekerja tidak berhenti-henti.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai air mencari jenisnya.TakrifBerusaha untuk mencari ilmu dengan tidak berhenti-henti; usaha dengan tidak mengenal jerih payah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKasihkan padi buangkan rumput-rumput.TakrifJika kasihan anak isteri, hendaklah berhenti daripada mengasihi perempuan lain. (Peribahasa lain yang sama makna: Jikalau kasihkan padi, buanglah rumput).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Puisi |
---|
|
Ulak- ulak perahu Kuraman, Pulau Burung tempat berhenti; Apa penjolok bunga di taman, Belum dapat belum berhenti.
Lihat selanjutnya... |
|