PeribahasaBagaimana tidak kumbang jinak terbang beredar, jika tidak kerana bunga kembang di taman.TakrifBagaimana pemuda-pemuda tidak berulang-alik di dekat rumah, jika tidak kerana perawan cantik ada di situ.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMati badan dikandung tanah, nama beredar ke mana-mana.TakrifWalaupun badan sudah hancur di dalam tanah, tetapi nama yang baik dikenang juga.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAyam tidur senang di dalam reban, musang yang susah beredar sekeliling.TakrifTidak senang melihat kebahagiaan orang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDi mana bunga kembang, di situ kumbang banyak.TakrifDi mana ada gadis, di situ ada anak-anak muda. (Bandingkan dengan: Bagaimana tidak kumbang jinak terbang beredar, jika tidak kerana bunga kembang di taman).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata beredar |
|
|