PeribahasaHidup kayu berbuah, hidup manusia biar berjasa (= berfaedah).TakrifBerbuat baiklah semasa masih hidup untuk diri sendiri dan untuk masyarakat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSelangkas betik berbuah.TakrifWaktu yang singkat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTakkan pisang berbuah dua kali.TakrifSekali merugi (tertipu dan sebagainya) tentu jera dan berhati-hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Takkan dua kali orang tua kehilangan tongkat).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaGelagah boreh rambutan, orang berbunga dia berbunga, orang berbuah dia tidak.TakrifOrang yang meniru-niru perbuatan orang lain kerana mengharapkan keuntungan, tetapi perbuatannya itu sia-sia belaka. (Bandingkan dengan: Berbunga sama berbunga: yang lain berbuah, dia tidak). gelagah boreh = rambutan jantan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLaksana pohon kayu tiada berbuah.TakrifIlmu yang tiada diamalkan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenopang pisang yang tak berbuah.TakrifUsaha yang sia-sia.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerbunga sama berbunga: yang lain berbuah, dia tidak.TakrifMengandung tetapi selalu keguguran.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTakkan dua kali orang tua kehilangan tongkat.TakrifSekali merugi (tertipu dan sebagainya) tentu jera dan berhati-hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Takkan pisang berbuah dua kali).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |