PeribahasaDipanggang tiada hangus.TakrifSelamat dalam menempuh berbagai-bagai percubaan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAdat muda menanggung rindu.TakrifOrang hidup harus menanggung berbagai-bagai percubaan (senang, susah, sakit dan sebagainya).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPusat jala pumpunan ikan.TakrifMenjadi tempat tumpuan atau menjadi pusat berbagai-bagai hal. pumpunan = tempat berkumpul.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAdat tua menahan ragam.TakrifOrang tua-tua terpaksalah menahan (menderita) berbagai-bagai godaan yang tak menyenangkan hati kerana perbuatan anak cucunya yang tiada berjalan di atas kebenaran.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSatu pintu kalau tertutup, sepuluh pintu lagi terbuka.TakrifSesuatu perkara yang tak dapat dirahsiakan lagi; berbagai-bagai macam jalan dan usaha mencari rezeki.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai mengepal pasir kering.TakrifSangat susah hendak menyatukan orang-orang yang berbagai-bagai fikirannya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai tanduk diberkas.TakrifSangat susah hendak menyatukan orang-orang yang berbagai-bagai fikirannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai mengepal pasir kering).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |