PeribahasaBersalai tidak berapi.TakrifPerempuan yang belum bersuami, tetapi sudah mengandung. salai = dipanaskan atau dikeringkan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBakar tak berapi.TakrifCinta tidak dengan sebenarnya; cinta dengan diam-diam.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHangat tiada berapi, sejuk tiada berair.TakrifOrang jahat, biarpun diberi kesenangan, namun kalau mendapat kesempatan akan diulangnya juga perbuatan jahatnya itu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anjing itu, meskipun dirantai dengan rantai emas, nescaya berulang-ulang juga ia ke tempat najis, b. Arang itu, jika dibasuh dengan air mawar sekalipun, tiada akan putih, c. Gagak dimandikan tujuh kali sehari pun, takkan putih bulunya).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAngus (hangus) tiada berapi, karam tiada berair.TakrifMenderita kesusahan kerana kematian atau kehilangan kekasih. (Peribahasa lain yang sama makna: Hanya tiada berapi, sejuk tiada berair).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaGantung tak bertali, salai tak berapi.TakrifIsteri yang ditinggalkan suaminya tanpa diceraikan dan tanpa nafkah hidupnya. (Bandingkan dengan: a. Bergantung sehasta tali, b. Bergantung tidak bertali).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata berapi |
|
Puisi |
---|
|
Tanjung Po Tanjung Berapi, Api berkilat di mungguk kubur; Rasa nak beku di dalam hati, Melihat tuan iman gugur.
Lihat selanjutnya... |
|