PeribahasaBeranak kandung, beranak tiri: ada bersudu daun labu, ada bersudu daun lalang.TakrifSikap yang tidak adil.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSepesan anak beranak, anaknya beranak (= menggigit) pula.TakrifLekas sekali berkembang biak. sepesan = lipan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBeranak tiada berbidan.TakrifMendapat kesusahan (kecelakaan dan sebagainya) kerana salahnya sendiri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBelum beranak sudah berbesan.TakrifSudah bersenang-senang sebelum tercapai maksudnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJikalau beranak ikut kata bidan.TakrifTurutlah nasihat orang yang lebih ahli daripada kita.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti beranak besar hidung.TakrifOrang yang sebentar-sebentar menengok dan menunjukkan barang yang baru diperolehnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai harimau beranak muda.TakrifOrang perempuan yang terlalu bengis.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai anjing beranak enam.TakrifKurus sekali.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBelum beranak sudah ditimang.TakrifSudah bersenang-senang sebelum tercapai maksudnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belum beranak sudah berbesan, b. Belum menetas sudah dibilang).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBelum menetas sudah dibilang.TakrifSudah bersenang-senang sebelum tercapai maksudnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belum beranak sudah berbesan, b. Belum beranak sudah ditimang).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rujukan |
Peribahasa Inggeris |
Makna |
Peribahasa Melayu |
Contoh Bahasa Inggeris |
Contoh Bahasa Melayu |
Sumber |
105 | Don't count your chickens before they are hatches | Jangan bertindak atau bersikap seolah-olah ada sesuatu yang dikehendaki itu sudah dimiliki walhal ia belum lagi menjadi kenyataan. | Belum beranak sudah berbesan | Just because the big company has promises you the job, it does not mean that you can resign now and start spending money to celebrate the good news. Don't count your chickens before they are hatches. Wait until they give you an appointment letter. | Hanya kerana syarikat besar itu telah menjanjikan awak pekerjaan, tidak bermakna awak boleh berhenti kerja sekarang, dan berbelanja besar untuk meraikan berita baik itu! Usahlah belum beranak sudah berbesan . Tunggu sehingga mereka memberi awak surat pelantikan. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
104 | Don't count your chickens before they are hatches | Jangan bertindak atau bersikap seolah-olah ada sesuatu yang dikehendaki itu sudah dimiliki walhal ia belum lagi menjadi kenyataan. | Belum beranak sudah ditimang | Just because the big company has promises you the job, it does not mean that you can resign now and start spending money to celebrate the good news. Don't count your chickens before they are hatches. Wait until they give you an appointment letter. | Hanya kerana syarikat besar itu telah menjanjikan awak pekerjaan, tidak bermakna awak boleh berhenti kerja sekarang, dan berbelanja besar untuk meraikan berita baik itu! Usahlah belum beranak sudah ditimang. Tunggu sehingga mereka memberi awak surat pelantikan. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata beranak |
|
Puisi |
---|
|
Burung tiung beranak tunggal, Hinggap mari atas bumbung; Ibu mati ayah meninggal, Pada siapa hendak bergantung.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 104 Don't count your chickens before they are hatches Jangan bertindak atau bersikap seolah-olah ada sesuatu yang dikehendaki itu sudah dimiliki walhal ia belum lagi menjadi kenyataan. Belum beranak sudah ditimang Just because the big company has promises you the job, it does not mean that you can resign now and start spending money to celebrate the good news. Don't count your chickens before they are hatches. Wait until they give you an appointment letter. Hanya kerana syarikat besar itu telah menjanjikan awak pekerjaan, tidak bermakna awak boleh berhenti kerja sekarang, dan berbelanja besar untuk meraikan berita baik itu! Usahlah belum beranak sudah ditimang. Tunggu sehingga mereka memberi awak surat pelantikan. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|