PeribahasaGajah hendak berak besar, kita pun hendak berak besar juga.TakrifHendak meniru-niru perbuatan orang besar (kaya), akhirnya diri sendiri binasa. (Peribahasa lain yang sama makna: Gajah berak besar, kancil [= pelanduk] pun hendak berak besar, akhirnya mati kebebangan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSiapa mengaku berak di tengah jalan?TakrifOrang yang bersalah biasanya tidak mahu mengakui kesalahannya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti orang berak di tengah jalan.TakrifTerlalu pemalu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti ayam berak kapur.TakrifRupa pucat kerana menghidap penyakit.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaGajah berak besar, kancil (= pelanduk) pun hendak berak besar, akhirnya mati kebebangan.TakrifHendak meniru-niru perbuatan orang besar (kaya), akhirnya diri sendiri binasa. kebebangan = tertahan; tidak dapat terus keluar; juga terbebang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaGajah lalu kumpai layu.TakrifHendak meniru-niru perbuatan orang besar (kaya), akhirnya diri sendiri binasa. (Peribahasa lain yang sama makna: Gajah berak besar, kancil [=pelanduk] pun hendak berak besar, akhirnya mati kebebangan). kumpai = sebangsa rumput layu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMakan di luar berak di dalam.TakrifMengkhianati tempat mendapat perlindungan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDi mana makan di situ berak.TakrifBerbuat jahat di tempat mencari rezeki.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |