PeribahasaJangan difikirkan kalau tebu itu bengkok, manisnya itu pun bengkok juga.TakrifNasihat yang baik tidak memandang orang yang mengatakannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Jangan difikirkan bengkok tebu itu bengkok pula manisnya.).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBengkok batang bengkoklah bayangnya.TakrifMengikut ajaran yang salah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJangan difikirkan bengkok tebu itu bengkok pula manisnya.TakrifNasihat yang baik tidak memandang orang yang mengatakannya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti pisau raut: bengkok orang dapat dibetulkan, bengkok sendiri tak dapat dibetulkan.TakrifHendak laba, langsung jadi rugi. (Peribahasa lain yang sama makna: Nak menangguk ikan, tertangguk ke batang).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKayu bengkok, masakan lurus bayangannya!TakrifOrang yang bercakap bohong tentu tidak dapat dipercayai.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMudah bengkok bagai parang timah.TakrifMudah tersinggung dan berkecil hati.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPandai seperti pisau raut: bongkok orang dapat dibetulkan (= dilepaskan), bongkok diri sendiri tinggal kekal.TakrifHanya pandai memperbaiki kesalahan orang lain, tetapi tak dapat memperbaiki kesalahan diri sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti pisau raut: bengkok orang dapat dibetulkan, bengkok sendiri tak dapat dibetulkan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDi mana kayu bengkok, di sanalah musang meniti.TakrifTempat yang tidak dijaga baik-baik, di situlah pencuri datang; siapa lengah akan mendapat bencana; orang yang bodoh mudah kena tipu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTanah lembab (= lembah) kandungan air, kayu bengkok titian kera.TakrifTiap-tiap suatu sebab itu akan diikuti oleh sebab yang lain.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaUntuk bajak kait, untuk cangkul unjur.TakrifSerba tanggung. kait = bengkok, lentuk hujungnya; unjur = terentang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |