PeribahasaLain bengkak lain bernanah.TakrifOrang lain yang bersalah, orang lain pula yang menanggung akibatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Meletup di sana, di sini bunyinya).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLain yang bengkak, lain yang bernanah; lain yang untut, lain yang mengisut.TakrifOrang lain yang melakukan kesalahan, orang lain pula yang dituduh. (Peribahasa lain yang sama makna: Lain orang yang makan nangka, lain orang yang kena getah). (Bandingkan dengan: Lain luka lain menyiuk, lain sakit lain mengaduh).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBelum ditumbuk belumlah bengkak.TakrifApabila sudah berbudi barulah ada tanda balas.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTakkan bernanah sebelum bengkak.TakrifTidak mungkin dihukum kalau belum melakukan kesalahan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaUlar telan babi, cacing yang bengkak perut.TakrifIri hati melihat keberuntungan orang lain.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDisangkakan bedena timbul, terpeluk bangkai babi bengkak hanyut.TakrifOrang tamak yang tiada tahu membezakan yang baik dengan yang buruk.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenggeleber seperti bibir pasu.TakrifBibir mulut yang bengkak dan terkulai. geleber = bergantung mengelepai, gelambir.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPerut buncit lama-kelamaan (= lama-lama) menjadi busung.TakrifAlamat bahawa sesuatu perkara akan terjadi. busung = gembung atau bengkak besar kerana penyakit.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMeletup di sana, di sini bunyinya.TakrifOrang lain yang bersalah, orang lain pula yang menanggung akibatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Lain bengkak lain bernanah).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |