PeribahasaPenuh sudah bagai menggantang.TakrifPenuh benar-benar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBulat segiling, pecak setapik.TakrifTelah sepakat benar-benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pecak boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan, b. Pipih [= pecak] boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan). pecak = pipih.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLaksana janda baru bangun tidur.TakrifPerempuan yang benar-benar cantik.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDalam sudah keajukan, dangkal sudah keseberangan.TakrifTelah diketahui benar-benar tujuan atau maksud seseorang. ajuk = duga.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPecak boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan.TakrifTelah sepakat benar-benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bulat segiling, pecak setapik, b. Pilih [= pecak] boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMalang Pak Kaduk, ayamnya menang kampung tergadai.TakrifOrang yang benar-benar malang nasibnya, segala sesuatu yang dimilikinya habis belaka.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPipih (= pecak) boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan.TakrifTelah sepakat benar-benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bulat segiling, pecak setapik, b. Pecak boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSembunyi-sembunyi puyuh.TakrifBerpura-pura tidak mahu tahu akan perkara-perkara yang benar-benar akan terjadi; mencuba menutup-nutup perbuatan jahat yang sudah diketahui orang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaApi padam puntung hanyut, kami tidak di situ lagi.TakrifCerita yang sudah tamat; benar-benar sudah selesai.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSembunyi-sembunyi tuma; kepala tersorok ekor kelihatan.TakrifBerpura-pura tidak mahu tahu akan perkara-perkara yang benar-benar akan terjadi; mencuba menutup-nutup perbuatan jahat yang sudah diketahui orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Sembunyi-sembunyi puyuh).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |