PeribahasaBelum tentu si upik si buyungnya.TakrifBelum ada keputusan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belum tahu lagi, ayam sedang berlaga [= disabung], b. Belum tentu hilir mudiknya, c. Belum tentu hitam putihnya).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaCekur jerangau belum habis lagi.TakrifBelum dewasa sudah hendak melawan orang tua; belum ada pengalaman. (Peribahasa lain yang sama makna: Cekur jerangau ada lagi di ubun-ubun).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBelum tentu hitam putihnya.TakrifBelum ada keputusan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belum tahu lagi, ayam sedang berlaga [= disabung], b. Belum tentu hilir mudiknya).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBelum tuarang panjang, buah sengkuang sebesar betis.TakrifKhabar angin yang dilebih-lebihkan. tuarang = musim kemarau.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBelum tegak hendak berlari.TakrifMelakukan sesuatu tidak menurut aturan yang biasa.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBelum sekuku.TakrifAmat sedikit.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBelum ditumbuk belumlah bengkak.TakrifApabila sudah berbudi barulah ada tanda balas.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBelum diajun sudah tertarung.TakrifBaru hendak memulai sesuatu sudah mendapat kemalangan. (Peribahasa lain yang sama makna: Baru dianjur, sudah tertarung). ajun = maksud hendak (berbuat, berjalan dan sebagainya).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBelum betul membilang jari, sudah hendak berkuasa sendiri.TakrifHendak berlagak seperti orang tua-tua.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBelum berkilat sudah berkilau, bulan sangkap tiga puluh.TakrifPerkara yang sudah terang. sangkap = genap, cukup.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |