PeribahasaBelukar sudah menjadi rimba.TakrifKesalahan yang tidak dapat diperbaiki lagi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDari semak ke belukar.TakrifMenceraikan isteri yang jahat, kemudian kahwin dengan perempuan yang lebih jahat lagi; meninggalkan sesuatu yang buruk, mendapat yang buruk pula. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Buang daun keladi, berselimut dauh birah, b. Buang kuali ambil belanga).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTermasuk ke dalam belukar onak.TakrifTerlibat dalam kesukaran dan tidak dapat melepaskan diri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.TakrifTiada semuafakat dalam sesuatu perbincangan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBertelau-telau seperti panas di belukar.TakrifPerintah yang tidak sama atau tidak tetap. telau = belang yang berwarna lebih muda.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeutas rotan ditarik, bergegar hutan belukar; riuh bunyi kera dan lotong.TakrifJika seseorang anggota keluarga mendapat aniaya maka marahlah sekalian kaum keluarganya dan sekalian sahabat handainya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDikatakan berhuma lebar, sesapan di halaman.TakrifMemegahkan harta milik dan kebolehannya, tetapi harta milik dan kebolehannya itu tidak seberapa. sesapan = semak belukar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDapat kijang teruit.TakrifMendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dapat durian runtuh, b. Dapat harta karun, c. Dapat harta timbul, d. Dapat tebu rebah). teruit = tersangkut kaki atau tanduk pada akar atau belukar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata belukar |
|
Puisi |
---|
|
Di dalam belukar timbul ketam, Timbul sang helang di Tanjung Jati; Tidak lupa abang siang malam, Airlah mata jatuh ke pipi.
Lihat selanjutnya... |
|