PeribahasaJauh menyalak kuat, dekat mencawat ekor.TakrifBercakap besar di belakang-belakang saja.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBelakang parang lagi kalau diasah nescaya tajam.TakrifBiar bodoh sekalipun kalau belajar dengan bersungguh-sungguh, nescaya akan menjadi pandai juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Lekuk batu dititik air selalu, b. Punggung lading kalau diasah, lama-lama tajam juga).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBalik belakang lain bicara.TakrifMungkir janji.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDi belakang ia menendang kita, bila di depan ia mengeting kita, jika di tengah ia berpusing ligat pula.TakrifMenghadapi seseorang yang kita kasihi, yang menyebabkan kita menjadi serba-salah. mengeting = memotong urat keting.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMengasah belakang kapak, bilakah tajamnya?TakrifMengajar orang malas, bilakah akan pandai?SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenetak dengan belakang parang.TakrifMenyuruh orang malas bekerja.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerjalan dari pintu belakang.TakrifTidak jujur, tidak menurut aturan yang sah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerhadap kasih mesra, balik belakang lain bicara.TakrifTidak teguh janji.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDatang nampak muka, pergi nampak belakang.TakrifDatang dengan baik, pergi pun harus dengan baik pula; orang yang datang atau pergi hendaklah memberitahu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSetinggi-tinggi terbang bangau, hinggap di belakang kerbau juga.TakrifSelalu kembali ke tempat asalnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sebagaimana tangan di lenggang, ke ketiak juga lekatnya, b. Setinggi-tinggi melambung surutnya ke tanah juga).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |