PeribahasaBagaimana tepuk begitulah tarinya.TakrifBagaimana perintah, begitulah yang diturut; bagaimana aksi begitulah reaksinya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagaimana bunyi gendang, begitulah tarinya).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagaimana rupa begitulah bayangnya.TakrifAnak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagaimana acuan begitulah kuihnya; bagaimana contoh begitulah gubahannya, b. Bapa burik anaknya tentu rintik).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagaimana acuan begitulah kuihnya; bagaimana contoh begitulah gubahannya.TakrifAnak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBapa burik anaknya tentu rintik.TakrifAnak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagaimana acuan begitulah kuihnya; bagaimana contoh begitulah gubahannya, b. Bagaimana rupa begitulah bayangnya).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagaimana bunyi gendang, begitulah tarinya.TakrifBagaimana perintah, begitulah yang diturut; bagaimana aksi begitulah reaksinya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagaimana ditanam, begitulah dituai.TakrifBerbuat jahat dibalas jahat; berbuat baik dibalas baik.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerapa panjang sarung begitulah kerisnya.TakrifBerbuat sesuatu hendaklah menurut kesanggupan diri sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: Berapa panjang lunjur, begitulah panjang selimut).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerapa panjang lunjur, begitulah panjang selimut.TakrifBerbuat sesuatu hendaklah menurut kesanggupan diri sendiri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeberapa panjang sarung, begitulah panjang matanya.TakrifPerangai (perkataan) yang baik atau jahat menunjukkan sedikit banyaknya ilmu seseorang. sarung = sarung keris atau sarung pisau.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |