PeribahasaTiada beban dicari (= mencari) beban.TakrifMendapat susah kerana mencampuri urusan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: Tak beban, batu digalas).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTak beban, batu digalas.TakrifMendapat susah kerana mencampuri urusan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: Tiada beban dicari [= mencari] beban).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBeban sudah di pintu.TakrifAnak gadis yang sudah besar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBeban berat senggulung batu.TakrifTanggungan yang sangat berat. senggulung = kain (sabut dan sebagainya) yang digulung dan ditaruh di kepala untuk mengganjal barang yang dijunjung.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerat beban yang sedikit dek hati sakit.TakrifKerja yang dipaksa biar berapa ringan sekalipun akan terasa berat juga.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaIbarat beban sudah ke tepi.TakrifSuatu pekerjaan yang sudah hampir selesai, atau rundingan yang hampir mencapai kata sepakat. (Bandingkan dengan: Mayat sudah di tepi kubur). ke tepi = maksudnya: sudah di pintu, akan dibawa turun.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaIbarat beban, belum lepas daripada bahu (= kepala).TakrifBelum lepas daripada tanggungan (anak lelaki atau anak perempuan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJadi kuda beban.TakrifOrang suruhan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMencari-cari beban.TakrifSuka mencampuri urusan orang lain.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeberat-berat beban, laba jangan ditinggalkan.TakrifMeskipun terpaksa mengerjakan sesuatu pekerjaan yang berat namun keuntungan jangan dilepaskan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |