PeribahasaLamun takut dilanggar batang, jangan duduk di kepala pulau.TakrifKalau takut susah lebih baiklah jangan membuat sesuatu pekerjaan yang sukar-sukar. (Peribahasa lain yang sama makna: Kalau takut dilimbur pasang, jangan berumah di tepi pantai [= laut]). kepala pulau = tepi sungai yang menghadap mudik, tempat batang-batang tersangkut apabila air bah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBatang jangan dibongkar-bongkar, takutkan cacing di bawahnya berlingkar; lain rotan lain akar, walaupun sama boleh dibuat lekar.TakrifNasib tiap-tiap orang serupa saja, Cuma derajat (darjat) dan kedudukannya saja yang berlainan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerkelahi di hujung batang, berbaik di pangkal batang.TakrifOrang berkelahi atau bertengkar yang akhirnya berbaik kembali. (Bandingkan dengan: Biduk lalu kiambang bertaut). (Peribahasa lain yang sama makna: Sekali perahu lalu, sekali kiambang berkuak).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBiduk lalu kiambang bertaut.TakrifDua pihak yang berselisih akan berbaik kembali bila pengacum telah tersingkir. (Bandingkan dengan: Berkelahi di hujung batang, berbaik di pangkal batang). (Peribahasa lain yang sama makna: Sekali perahu lalu, sekali kiambang berkuak).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBengkok batang bengkoklah bayangnya.TakrifMengikut ajaran yang salah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLaksana batang manau, seribu kali embat haram tak putus.TakrifSangat kuat dan teguh. embat = pukul; manau = rotan besar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenggolek batang terguling.TakrifMengerjakan pekerjaan yang mudah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMengalangkan batang leher.TakrifMenyabung nyawa kerana hendak menolong seseorang. alang = lintang, tahan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSungguhpun batang merdeka, ingat pucuk akan terempas.TakrifSesuatu pekerjaan hendaklah dikaji dengan masak-masak dari mula sampai ke akhirnya supaya selamat dan sempurna.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSepuluh batang bertindih, yang di bawah juga yang luluh = terhimpit.TakrifBiarpun banyak menerima pertolongan orang pada waktu peralatan kahwin tetapi yang menanggung kerugian ialah orang yang mengadakannya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rujukan |
Peribahasa Inggeris |
Makna |
Peribahasa Melayu |
Contoh Bahasa Inggeris |
Contoh Bahasa Melayu |
Sumber |
311 | Let sleeping dogs lie | Jangan sengaja mencari susah dengan mengganggu sesuatu atau seseorang yang boleh mencetuskan masalah. | Jangan menggegai sempada di bawah batang | Why should your bother them when they don't bother you? Let sleeping dogs lie. We don't want them to ruin our trade which is just booming. | Mengapa awak harus mengganggu mereka sedangkan mereka tidak pula mengganggu awak? Jangan menggegai sempada di bawah batang. Kita tidak mahu mereka merosakkan perniagaan kita yang baru berkembang naik. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
563 | Sweep your own doorstep clean | Tidak usahlah mengkritik orang lain jika diri sendiri pun tidak betul. | Seekor kuman di negeri China dapat dilihat tetapi gajah bertenggek di batang hidung tiada sedar | ''You have no right to accuse her wasting her husband's money when you yourself squandered away your late father's fortune on your boyfriend. Sweep your own doorstep clean first,'' I said | ''Tak payahlah awak hendak menuduhnya membazirkan wang ringgit suaminya sedangkan awak sendiri memboroskan harta arwah bapa awak untuk teman lelaki awak. Seekor kuman di negeri China dapat dilihat tetapi gajah bertenggek di batang hidung tiada sedar,'' ka | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata batang |
|
Puisi |
---|
|
Batang ini batang nangka, Duduk abang pagi petang; Badan ini badan celaka, Tengah berkasih bencana datang.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 563 Sweep your own doorstep clean Tidak usahlah mengkritik orang lain jika diri sendiri pun tidak betul. Seekor kuman di negeri China dapat dilihat tetapi gajah bertenggek di batang hidung tiada sedar ''You have no right to accuse her wasting her husband's money when you yourself squandered away your late father's fortune on your boyfriend. Sweep your own doorstep clean first,'' I said ''Tak payahlah awak hendak menuduhnya membazirkan wang ringgit suaminya sedangkan awak sendiri memboroskan harta arwah bapa awak untuk teman lelaki awak. Seekor kuman di negeri China dapat dilihat tetapi gajah bertenggek di batang hidung tiada sedar,'' ka Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|